Search This Blog

Monday, August 30, 2010

Cara Pelaburan Yang Berkesan

Bicara Tentang : Adakah Untung Dalam Investment-Linked? Oleh : Amril Nurman, MAA Assurance & MAA Takaful

Sumber Dari: SimpanDuit.com

Apa itu pelaburan Investment-Linked sebenarnya?

  • Pelaburan seperti ASB? 
  • Pelaburan seperti di BSK?
  • Pelaburan yang sebenarnya tidak untung?

 PENGENALAN KEPADA PELABURAN INVESTMENT LINKED
  • Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh syarikat Insurans
  • Beroperasi hampir sama seperti pelaburan Unit Trus Mempunyai 1 harga sahaja (NAV atau Nilai Asset Bersih)
  • Initial Service-Charge biasanya 5% dan Yuran Pengurusan 1.5% setahun
  • Mempunyai caj insurans yang sangat kecil untuk perlindungan pelabur
  • PULANGAN pelaburan dari syarikat insurans DIKECUALIKAN CUKAI
Contoh: Dana Amanah di Utusan Malaysia / New Straits Times, etc.

Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan

Contoh : Nilai Asset = RM 100,000 = RM 1 seunit

Jumlah Unit Saham 100,000 unit

Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi 120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada

Nilai Asset = RM 100,000 = RM 0.83 seunit

Jumlah Unit Saham 120,000 unit

Dana Pelaburan MAA                                    Profail Risiko                     Cara Agihan

Growth Fund                                                 Sedikit aggresif                   Bonus Unit

Balance Fund                                                   Sederhana                       Bonus Unit

Small Capital Fund                                         Sedikit aggresif                  Bonus Unit

Technology Fund                                              Aggresif                          Bonus Unit

Al-Fayyadh Fund                                           Sedikit aggresif                  Bonus Unit

As-Salam Fund                                               Konservatif                      Dividen (sen)

Income Fund                                                  Konservatif                       Dividen (sen)

* Dana bertanda hijau adalah dana yang dilakukan mengikut prinsip-prinsip syariah

KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN

Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut. Kebanyakan keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen insurans tersebut.

Contoh:

Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana Al-Fayyadh akan mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 20 unit bagi setiap pegangan 100 unit. Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 20% setahun, maka anda membuat keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 20 unit tersebut dalam masa yang singkat.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Harga unit Al-Fayyadh pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit

Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000

Tolak : (-) Caj Khidmat = RM 5,000

Anggaran duit yang dilaburkan = RM 95,000

Jumlah pegangan unit = RM 95,000 / RM 0.58 seunit

Maka : = 163,793 unit

Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 Jan 2004 = 20 unit bagi setiap 100 unit

Harga baru unit Al-Fayyadh pada 5 Jan 2004 = RM 0.496 seunit

Anggaran Jumlah pegangan unit baru = 196,533 unit

Nilai Pelaburan sekarang = 196,533 unit x RM 0.496 seunit

Maka : = RM 97,480.37

Anda sebenarnya sudah kerugian RM 2,519.63 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8 Jan 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan tadi.


BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana pelaburan investment-linked beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan keuntungan yang maksima. Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan anda.

BELI SEMASA HARGA MURAH

[Contoh Ilustrasi]

Melabur RM 100,000 pada bulan Mac 2003 dengan matlamat mencari keuntungan dalam masa singkat.

                                                               Al-Fayyadh Fund                Balanced Fund

Jumlah duit yang dilaburkan =                      RM 95,000                       RM 95,000

Harga unit pada 20/03/2003 =                    RM 0.495 /unit                  RM 0.45 /unit

Jumlah pegangan unit =                              191,919 unit                      211,111 unit

JUAL SEMASA HARGA MAHAL

Harga unit pada 30 Dec 2003 =                   RM 0.598 /unit                RM 0.611 /unit

Nilai Pelaburan sekarang       =                   RM 114,767.56                RM 128,988.82

Jumlah Keuntungan               =                   RM 14,767.56                  RM 28,988.82

Anggaran Peratusan keuntungan                      [15%]                              [ 29%]

Berbanding pelaburan ASB yang memberi pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun, pulangan Investment-Linked ternyata lebih banyak (15% atau 29%), jika ia dibuat dengan cara yang betul.

Nota :

Harga Unit Amanah MAA yang dinyatakan di atas adalah dari harga sebenar unit saham di pasaran.

Semak harga Saham Amanah MAA sekarang! Untuk nasihat pelaburan yang boleh diharap, sila hubungi saya di 013-4362606.



Jom Berdiskusi !!! Sahabat Sekelian, Pandangan Anda Dialu-alukan

KONGSI PENDAPAT ANDA


Wahai Sahabat sekelian... Saya nak minta pandangan anda semua... Apa yang anda faham mengenai Insurans/Takaful?? Setakat mana pentingnya Insurans/Takaful kepada anda?? Susahkah anda nanti kalau anda tidak memiliki Insurans/Takaful??

Saya nak tanya lagi.... Dalam banyak-banyak komitmen yang anda lakukan kini, Insurans/Takaful perlu anda letakkan di tangga yang nombor berapa??

Saya bantu anda..saya senaraikan komitmen-komitmen 'BIASA' yg telah kita lakukan setiap bulan..

1)Bayar ansuran rumah

2)Bayar ansuran kereta

3)Menyediakan makan/minum utk keluarga

4)Membeli pakaian utk diri sendiri/keluarga

5)Menyediakan wang belanja utk persekolahan anak-anak

6)Menyimpan sedikit pendapatan utk kecemasan..sakit,persaraan dsbgnya

7)Melancong..saya rasa ramai yang suka melancong..tapi semua org dapat pergi melancong kah??

8)Membuat pelaburan di ASB, Public Mutual...dsbgnya

9)Bayar segala bil..Astro,Elektrik,Air,Streamyx,H/Phone...dll

10)Yang paling best... Bayar hutang Kredit Kad

Dalam tak sedar banyak juga senarai komitmen yang kita lakukan selama ini tanpa jemu-jemu.. jadi jika kita masukkan Insurans/Takaful sebagai komitmen baru... senarai yang ke berapa harus kita letakkannya???

Sila kongsikan pendapat anda.. Semoga perbincangan dan buah pendapat dari anda memberi manfaat kpd kita semua...

Wassalam...